Thursday, May 24, 2012

KERINDUAN DAN KECINTAAN RASULULLAH

KERINDUAN DAN KECINTAAN RASULULLAH 
Oleh: Che Adzha

YA Allah,Hidupkan rasa cinta ini pada baginda nabi saw. Semoga dengan cinta suci ini, membawa kita terbang ke syurga Firdausi. Penuh kebahagiaan menatap wajah suci nabi saw, dan mendengar ucapan “engkau umat ku dari baginda nabi saw”. Kita umat akhir zaman, yg belum pernah menatap wajah nabi saw,tetapi apabila menatapi sirah nabi saw, kita akan mengerti betapa indah wajah suci nabi,betapa indah akhlak nabi.Jika sekali memandang,terasa tidak mahu berpisah denganya.

Mencintai nabi mampu merubah peribadi seseorang, dari kasar kepada lembut, dari kejam kepada manusia yang tinggi nilai kasih sayang. Lihat sahaja Umar Al-khattab, seorang yang pernah menanam anak perempuanya hidup-hidup, pernah menampar adik perempuanya sampai berdarah, dan pernah mencuba membunuh nabi saw, berubah 360 darjah menjadi manusia yang baik pekertinya, apabila menerima islam dan mencintai nabi saw.

Kecintaan kepada baginda s.a.w juga ada pada benda yang tidak bernyawa. Ini ditunjukkan
melalui kisah batang pohon kurma yang telah mati, yang menagis kerana rinduakan nabi saw, walaupun nabi hanya berada 8 langkah daripadanya. Bayangkan batang kurma yg telah mati dan sebelum ini ianya adalah tumbuhan, Sesungguhnya ia menagis meratap terhadap rasululllah,dan sesungguhnya ia tak mampu berpisah dengan baginda sekalipun hanya 8 langkah sahaja,apakah hati kita tidak merindui Rasulullah saw..?

Imam Bukhari pernah berpesan, “Ketahuilah bahawa selawat ke atas Rasulullah adalah sebagai tanda mencintai Baginda. Orang yang kering lidahnya daripada membaca selawat adalah tanda orang yang tidak cintakan Baginda dan tidak akan memperoleh syafaat Baginda.”

“Barang siapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi, dan 10 kali pada waktu petang setiap hari ia akan beroleh syafaatku pada hari kiamat.” (Hadis riwayat at-Tabrani)”

 Antara fadilat selawat keatas nabi s.a.w ialah mendapat keampunan Allah serta ditutup segala keaiban, ditutup perasaan dukacita selain mendapat kurnia makam dekat kepada Rasulullah di akhirat. Dan banyak lagi kelebihan selawat keatas nabi s.a.w,antaranya setiap kali selawat keatas nabi akan dituliskan oleh malaikat 10 kali kebaikan dan dihapuskan oleh Allah swt 10 kali kejahatan.

Dengan kita mencontohi akhlak Nabi saw, iaitu dengan iltizam yang tinggi terhadap kecintaan dan mengikuti cara hidup baginda,dengan membaca kisah hidupnya,ciri-ciri peribadinya dan keistimewaan baginda,akan digerakkan kedalam hati kita satu perasaan,iaitu Allah mewujudkan kecintaan baginda didalam diri kita. Percayalah bahawa diri kita yang dicipta ALLAH ini sangat sepadan untuk mencontohi baginda.

Kecintaan sahabat kepada Nabi s.a.w:
Setelah kewafatan nabi s.a.w. Sahabat nabi Bilal berhenti azan dan mengambil keputusan untuk meninggalkan Kota Madinah dan berhijrah ke Syria. Dan sehinggalah pada zaman Umar menjadi amirul mukminin, Saidina Umar bertanya khabar tentang bilal,yang sudah lama membawa diri dan meninggalkan kota madinah.Selepas itu Saidina Umar meminta sahabat-sahabat membawa bilal ke Kota Madinah.

Setelah itu sahabat-sahabat membawa Bilal ke Kota Madinah, dan setelah Bilal sampai di kota madinah pada masa itu ialah waktu zohor. Selepas itu Saidina Umar meminta Bilal azan kerana sudah lama Bilal tidak azan di bumi Madinah, tetapi Bilal menolaknya. Sewaktu mana Bilal dan Saidina Umar sedang bercakap, datangnya Hasan dan Husin cucu kepada Baginda Nabi saw. Cucu kepada Rasulullah ini memegang tangan bilal,mencium tangan Bilal, dan meminta Bilal melaungkan azan,kerana mereka rindu pada suara Bilal. Setelah Bilal mendengar Hasan dan Husin memujuknya, akhirnya Bilal bersetuju kerana pujukan itu dari Hasan dan Husin cucu Rasulullah yang amat Rasulullah cintai.

Setelah itu bilal merangkak naik keatas menara Masjid Nabawi, dan setelah Bilal sebut ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.. Terdiam semua orang di Kota Madinah, apabila Bilal menyebut kali kedua ALLAHU AKBAR,ALLAHU AKBAR, bercucuran air mata sahabat-sahabat dan seluruh kota Madinah mengis teresak-esak kerana rindukan zaman nabi masih ada. Apabila Bilal menyebut “Ashaduallah illaha ilallah”. Air mata bercucuran di pipi Bilal. Dan apabila Bilal menyebut “Wa, Ashadu Anna Muhammadur Rasulullah” Bilal mengis teresak-esak. Sahabat-sahabat yang melihatnya datang dan memujuk Bilal, sahabat bertanya kenapa dengan kamu wahai Bilal?? Bilal menjawab “ waktu mana aku sebut wa ashadu anna Muhammadur Rasulullah, aku ternampak-nampak yang Rasulullah sedang berjalan-jalan untuk solat berjemaah dengan kita,Aku rindu pada Rasulullah,dan aku rindu pada Rasulullah,dan aku rindu pada Rasulullah..

Begitulah kisah cinta suci sahabat-sahabat kepada Nabi saw. Banyak lagi kisah-kisah cinta sahabat-sahabat kepada Rasulullah.Walaubagaimanapun jangan bersedih jika kita menjadi umat akhir zaman, dan tak pernah melihat nabi saw, kerana Nabi saw tidak pernah melupakan umatnya.

Suatu hari Rasulullah SAW menangis...Para sahabat bertanya: "Apa yg membuatmu menangis ya Rasulullah?" Rasul menjawab: "Aku rindu kepada kekasihku" Sahabat berkata: "Bukankah kami ini kekasihmu ya Rasulullah?" Rasul menjawab: "Bukan.. Kalian adalah sahabatku.. Kekasihku adalah mereka yg hidup pada zaman setelahku, mereka beriman kepadaku walaupun mereka belum pernah melihatku..."(Hr. Bukhori)

Kasih Rasulullah kepada umatnya:
Ketika Nabi saw sedang menghadapi sakaratul maut, Nabi saw bertanya kepda Jibril, “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan-akan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya, “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku” – “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan, “Ummatii, ummatii, ummatiii” – “Umatku, umatku, umatku…” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Sahabat pembaca yang saya kasihi, cuba kita tanya diri kita, mampukah kita mencintainya sebagai mana baginda mencintai kita? Dosa apa yang menyebabkan bibir kita berat untuk menyebut selawat keatas baginda? Sama-samalah kita mendalami sirah nabi,kehidupan nabi,akhlak nabi,dan mencontohi Baginda agar bertambah kecintaan kita terhadap Nabi saw. Sebelum saya akhiri tulisan ini,saya ingin ceritakan satu lagi kisah kecintaan Nabi saw kepada Umatnya..

Diriwayatkan dalam satu hadis bahawa pada satu malam, Rasulullah SAW bersembahyang dengan hanya membaca satu ayat ini saja iaitu firman Allah yang bermaksud: “...Jika sekiranya Engkau menyeksa mereka sesungguhnya mereka adalah hamba-Mu, dan jika sekiranya Engkau mengampunkan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Maidah, ayat 118). Sepanjang malam itu Rasulullah SAW hanya membaca ayat ini saja pada setiap rakaat sembahyangnya. Diriwayatkan Nabi SAW membaca ayat tersebut sehingga pada masa rukuk dan sujudnya, mengadu kepada Allah dengan membaca ayat ini. "Aku tidak berupaya untuk melakukan apa saja yang dikehendaki, tetapi terpulang kepada-Mu, wahai Tuhanku. - Surah al-Maidah, Ayat 118" Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amar bin Al-'As, bahawa Rasulullah SAW membaca ayat ini dan setelah selesai sembahyang dia mengangkat kedua-dua belah tangannya sambil berdoa kepada Allah dalam keadaan menangis, “Ya Allah Ya Tuhanku, umatku, umatku, umatku...”

Sama-samalah kita menyemai rasa cinta kepada nabi s.a.w.

 Mudah-mudahan perkongsian serba ringkas ini dikurniakan ikhlas,dijauhkannya riya’, ujub dan sum’ah.Seterusnya menjadi ilmu yang memberi manfaat dan diambil manfaat yang berterusan ,yang menjadi teman ketika berseorangan di kubur, dan keberkatan untuk kedua ibu bapa, keluarga dan guru-guruku yang dikasihi. Amin.

Thursday, August 11, 2011

DOA YANG KU PINTA

DOA YANG KU PINTA
Oleh:Rahmah Basri


Ya Allah ya Tuhanku,
Bulan yang berkat ini,
Engkau berikanku rahmat dan kasih sayangMu,
Banyak pahit dan manis hidup telah aku tempuhi,
Dengan menggunakan pinjaman pancaindera yang engkau beri,
Ya Allah,
Jika malam ini adalah malam terakhir aku hidup,
Sudikanlah Ya Allah engkau melihat wajahku yang hina ini,
Ya Allah, tangan yang berlumpuran dengan dosa ini
Meminta kepadaMu,
Tangan yang derhaka kepada orang tuaku ini,
Tidak malu untuk meminta kepadaMu,
Tangan yang banyak sekali melakukan maksiat kepadaMu,

Sangat rindu untuk berjumpa dengan Mu untuk memohon ampun,
Sudikanlah Ya Allah diriMu memandang wajahku ini,
Walau seketika Cuma.
Ya Allah, aku tahu aku tidak layak untuk melangkah ke syurgaMu apabila aku m’jadikan dunia tempat hidup kekalku, hatta pintu syurga pun aku tidak layak untuk menyentuhnya.
Aku tahu Ya Allah, rohku pasti tidak layak menghadap keindahan wajahMu di mahsyar kerana hitamnya wajahku di hadapanMu ketika engkau menghisab akan amalanku ketika di dunia,
Aku tahu Ya Allah, angkara diriku yang banyak ketawa dan gembira dengan maksiat dan dosa yang telah aku lakukan di dunia ini, telah menyebabkan aku lemas dengan air peluhku sendiri ketika aku berjalan untuk mencari Mu Ya Allah sebelum aku dihisab .…

Hinggakan kerana air peluhku menutup seluruh tubuhku ini,
Aku lemas dan tidak bernafas malah aku menjadi manusia yang paling akhir untuk aku mencari tempat p’lindunganku sama syurga atau neraka..
Air peluh yang dikumpul akibat amalan maksiat dan dosaku ini menjadi p’halang untuk aku masuk ke syurgaMu Ya Allah…alangkah ruginya aku Ya Allah…
Adakah aku masih diberi peluang untuk menghadapMu dengan wajah putih b’seri Ya Allah…aku buntu dan tidak tahu Ya Allah…
Oleh itu Ya Allah, aku benar-benar berharap,
Aku sangat-sangat berharap agar Engkau berikanlah aku peluang untuk berubah menjadi wajah yang putih berseri apabila aku menghadapMu di mahsyar kelak…
Berikanlah aku hidayah petunjukMu untuk aku kembalikan
Kakiku,
Tanganku,
Mataku,
Mulutku,
Telingaku,
Jari-jemariku,
Dan semua anggota badanku kepadaMu dalam keadaan yang bersih dan menjadi calon ahli syurga Ya Allah..tolonglah hambaMu ini.
Jangan Ya Allah,
Engkau sesatkan rohku apabila aku mati
Sudilah Ya Allah…
Engkau memanggil Izrail dlm suara yg lembut apabila Engkau mencabut nyawaku ini,
Aku sangat berharap…aku benar-benar meminta kepadaMu Ya Robb
Agar apabila nyawaku ini dicabut….
Engkau angkatlah ketika aku sedang tidur setelah aku selesai menyembahMu Ya Allah,
Inilah permintaanku yang paling besar Ya Allah,
Aku ingin meminta lagi Ya Allah,
Agar engkau layangkanlah rohku dlm keadaan aku b’tenang dan menangis rindu untuk menghadapMu …kekasihku…
Ya Allah, izinkan rohku untuk menghadapMu dgn senyuman kasih sayang dan cintaku kepadaMu…
Janganlah Ya Allah, rohku ini diangkat dlm keadaan aku menjerit meronta-ronta
Dan rohku t’sangkut antara langit dan aku dibiarkan begitu sahaja disebabkan kejahilanku semasa di dunia ini Ya Allah…
Bimbinglah aku kea rah mencintai dan terus mencintaiMu Ya Allah
Labuhkanlah cintaku ini hanya untukMu..
Ya Allah, sudikanlah Engkau memandang wajahku ini,
Kerana aku amat takut dengan siksaan yang telah banyak berlaku di dunia ini,
Aku bersyukur Ya Allah kerana aku masih hidup
Dan aku tidak mati sepertimana kawanku yang telah menghadapMu dalam usia yang muda ini.
Terima kasih Ya Allah atas rezeki nyawa yang Engkau berikan Ya Allah
Aku benar2 b’mohon dan meminta kepadaMu Ya Allah, agar Engkau berikanlah aku peluang kali ini untuk aku berubah menjadi hambaMu yang bersyukur.
Terima kasih Ya Allah atas rezekiMu kurniakan aku ibu bapa yang sudi m’bersihkan najisku ketika aku masih kecil,
Disebabkan kesabaran dan sayangnya ibu bapaku kepada ku aku tidak menjadi hina dan dibuang serta dimakan oleh anjing di jalanan.,
Terima kasih Ya Allah atas p’berian harta berharga ini Ya Allah
Meskipun banyak kederhakaan aku lakukan kepada mereka, mereka masih sabar dan tenang melayan karenahku ini,
Meskipun aku banyak mengeluarkan kata-kata yang memedihkan hati kecil ibu bapaku,
Mereka masih senyum melayan dgn kasih sayang..
Aku bermohon Ya Allah, seandainya dihitung antara ibu bapaku dan diriku untuk Engkau hisab siapakah antara kami bertiga akan masuk ke syurgaMu,
Engkau panggillah kedua ibu bapaku dan aku meminta kepadaMu
Engkau panggillah malaikat Malik untuk menjemput kedua ibu bapaku ke syurga dengan senyuman kasih sayang dariku ini Ya Allah…
Aku benar2 sayangkan kedua ibu bapaku Ya Allah…
Terima kasih Ya Allah kerana Engkau adalah Tuhanku yang sebenar-benarnya.
Amin, ya Robb.

Thursday, March 24, 2011

DI SEBALIK UNGKAPAN TAKBIR

DI SEBALIK UNGKAPAN TAKBIR

Ketika lisanmu mengucapkan Allahu Akbar,hatimu mengakui dengan jujur kebesaran Allah. Jiwamu teguh menyatakan bahawa kebesaran Allah jauh lebih besar dari apa yg mampu difikirkan.Allah Maha Besar daripada segala kebesaran yang ada di alam dan isinya.Keyakinan dan pengakuan tulus tersebut harus ditanam jauh ke lubuk hati dan dipasak teguh dijiwa dan difikiran bahawa Allah SWT Maha Besar mengatasi segala-galanya.
Allahu Akbar,segala sesuatu selain Allah adalah rendah.Allahu Akbar segala sesuatu selain Allah adalah kecil.Allahu Akbar segala sesuatu selain Allah adalah hina.Ketika kamu mengucapkan Allahuakbar

hidupkan rasa kebesaran Allah dihatimu,serta pimpinlah hatimu utk tunduk kepada keagungaNYA.Lekatkan keyakinan di dadamu bahawa hanya Allah,Tuhan Yang Maha Agung,Maha Kuasa dan Maha Mulia.
Tatkala Allahu Akbar terungkap,kita harus mengakui dengan jujur dan tulus,bahawa diri kita hanyalah seorang hamba yang lemah,hina dan rendah dihadapan Allah.Hanya pada Allah tempat mengadu,dan tempat memohon pertolongan.Allahu Akbar,renunglah dengan mata hati,bahawa diri kita tidak punya erti dihadapan kebesaran dan keagungan Allah,tiada satu pun dapat kita banggakan dihadapan Allah.Rumah yang besar? Harta? Pangkat kita?. Tiada apa erti disisi Allah,melainkan amal dan taqwa.
Allahu Akbar,selalulah ingat bahawa di kehidupan ini,tidak ada suatu pun yg lebih besar,lebih tinggi dan berkuasa daripada Allah.Jika kehadiran kebesaran Allah ini dapat kita rasai di saat lisan mengungkapkan Allahu Akbar,maka akan runtuhlah segala perasaan bangga diri,takbur yg bersarang di dada.Hati akan bersih dari rasa sombong dan keangkuhan.Jiwa akan sedar,bahawa setiap hamba adalah lemah,hina ,rendah di hadapan Allah.Nafsu akan terdidik untuk tunduk di hadapan Allah.
Allahu Akbar,sembahlah Allah dengan mengagungkan kebesaraNYA,sembahlah Allah dengan membesarkan kemuliaNYA,sembahlah Allah dengan memuliakan kuasaNYA.
Allahu Akbar,masih ada perasaan angkuh didadamu? Masih ada riak-riak kesombongan dalam qalbu mu? Masihkah nafsu menguasai akal fikiran?
Allahu Akbar,ingatlah selalu kebesaran Allah,ingatlah selalu kemulianNYA,ingatlah selalu kekuasaanNYA dalam solatmu dan apa jua urusan hidupmu.Agar hatimu tetap hidup.Insyaallah.
“apakah itu ihsan? “Rasulullah SAW menjawab, ”Ihsan itu apabila kamu menyembah Allah seakan-akan kamu melihatNya” –Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim.
Mudah-mudahan perkongsian serba ringkas ini dikurniakan ikhlas,dijauhkannya riya’, ujub dan sum’ah.Seterusnya menjadi ilmu yang memberi manfaat dan diambil manfaat yang berterusan ,yang menjadi teman ketika berseorangan di kubur, dan keberkatan untuk kedua ibu bapa, keluarga dan guru-guruku yang dikasihi.
Amin.


Che Adzha (24 Mac 2011)
© musafirhidup.blogspot.com





Rujukan: Menyukat Solat Diri,Misbah Em Majidy,Pandang sisi TGNA

Wednesday, March 2, 2011

RAHIM WANITA

Rahim Wanita
Oleh: Che Adzha


Pada tubuh seorang wanita,ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim.Perkataan ini diambil daripada nama tuhan yang bermaksud “Maha Penyayang”. Sudah pasti Allah s.w.t tidak memberikan nama itu pada sesuatu yang hina disisiNYA.Sudah tentu Allah akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia.Didalam rahim inilah wanita mengandungkan,menjaga

dan melahirkan ciptaanNYA.Anugerah rahim kepada kaum wanita ini adalah bukti mereka di muliakan oleh Allah s.w.t.

Haid dan Nifas:
Mungkin ramai orang berpendapat bahawa wanita kurang dari segi waktu untuk melaksanakan tuntutan agama berbanding lelaki. Ini disebabkan ada waktunya wanita akan didatangi haid dan nifas yang akan menyebabkan mereka kurang waktu bersolat.Ini tidak bermakna mereka juga kurang dari segi iman dan takwanya.Namun,oleh disebabkan waktu lain mereka sentiasa bersolat,jadi pada sepanjang waktu haid dan nifas itu juga,Allah tetap juga memberikan pahala seperti mendirikan solat seandainya mereka bersabar dengan keadaan yang tidak selesa itu.

Melahirkan anak:
Bagi seorang wanita yang baru sahaja melahirkan anak,dosa-dosa mereka akan digugurkan seperti bayi yang baru dilahirkan.Dan diberikan pula pahala solat percuma ketika mereka didalam keadaan nifas.Dan seandainya mereka bersabar ketika menyusu,sudah tentu banyak lagi pahala yang diberikan kepada wanita. Lihatlah,betapa Maha Pemurahnya Allah s.w.t kepada hambanya.

Sambutlah Cinta Tuhan:
Banyak bukti Maha Penyayang Allah kepada hambanya.Ibarat kata pepatah,merajuklah pada yang kasih,mengadulah pada yang sayang.Jadi,yang sudah pasti menyayangi hambanya ialah Allah s.w.t,walaupun kita sering melupakanya.Namun pintu taubatnya sentiasa terbuka kepada hambanya. Mencintainya sudah pasti tidak akan di kecewakan. Ketahuilah kita,Allah dekat dengan hati hambanya,sesuai dengan kadar dekatnya hati hamba denganNYA.Maka lihatlah apa yang dekat dengan hati kita.Hati kita adalah taman cinta Allah,jadi perhiasilah taman cinta itu dengan kecintaan dan kerinduan kepadaNYA.Supaya kita memperolehi kedekatan yang hakiki denganya.

Mudah-mudahan perkongsian serba ringkas ini dikurniakan ikhlas,dijauhkannya riya’, ujub dan sum’ah.Seterusnya menjadi ilmu yang memberi manfaat dan diambil manfaat yang berterusan ,yang menjadi teman ketika berseorangan di kubur, dan keberkatan untuk kedua ibu bapa, keluarga dan guru-guruku yang dikasihi.
Amin.


Che Adzha (27 Februari 2011)
© musafirhidup.blogspot.com
Hak cipta terpelihara. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat musafirhidup.blogspot.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.Wassalam.


Wednesday, February 16, 2011

SIAPAKAH DIA LELAKI SOLEH?

Siapakah dia lelaki soleh?
Ciri-ciri:
1. Taat kepada Allah dan Rasul-NYa
2. Jihad fisabilillah di jadikan matlamat hidupnya
3. Mati syahid adalah cita-cita hidupnya yang tertinggi
4. Bersabar ketika menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah s.w.t
5. Ikhlas dalam beramal
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya
7. Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamanya

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkanya
10. Solat malam menjadi kebiasaanya
11. Tawakkal penuh kepada Allah Taala dan tidak mengeluh kecuali kepada
Allah semata-mata
12. Selalu berinfak sama ada ketika dalam keadaan lapang mahupun sempit
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesame mukmin dan ukhwah antara mereka
14. Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya,iaitu mengajak ke arah
kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar.
15. Sangat kuat memegang amanah,janji,dan rahsia
16. Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan
manusia,sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk
kepada Allah

Ya Allah,semoga aku diberi kekuatan dalam mencapai semua ciri-ciri ini..amin.. Mudah-mudahan perkongsian serba ringkas ini dikurniakan ikhlas,dijauhkannya riya’, ujub dan sum’ah.Seterusnya menjadi ilmu yang memberi manfaat dan diambil manfaat yang berterusan ,yang menjadi teman ketika berseorangan di kubur, dan keberkatan untuk kedua ibu bapa, keluarga dan guru-guruku yang dikasihi.
Amin.


Oleh: Che Adzha (16 Februari)
© musafirhidup.blogspot.com




Rujukan: Bunga Kebahagiaan,TGNA

Tuesday, February 15, 2011

PANJATLAH POHON CINTA ITU

PANJATLAH POHON CINTA ITU
Oleh:Che Adzha


"Imam Al-Ghazali melalui kitab beliau berjodol Minhajul A’bidin ada menyebutkan bahawa “tiap-tiap yang indah itu cinta tetapi yang indah mutlak hanyalah satu iaitu Yang Maha Esa.Bahagialah orang yang telah sempurna mahabbahnya akan Dia.Kesempurnaan mahabbahnya itu ialah kerana dia menginsafi ‘tasanub’ yakni persesuaian batin antara dirinya dengan DIA.Org yg paling bahagia di akhirat kelak ialah org yg paling kuat mahabbahnya kepada Allah s.w.t.Semakin kuat mahabbah antara Muhib(pencinta) dgn Mahbubnya(yg dicintai),maka semakin besarlah nikmatnya.Puncak kelazatan itu adalah pertemuan itu.Lazat datang setelah datangnya mahabbah.Mahabbah timbul daripada makrifat.Makrifat lahir setelah hati bersih daripada renungan fikir dan zikir yang murni,puncak percintaan itu nikmat yang mampu ‘disentuh’ dan ‘dikecapi’ setelah mampu melihat keindahan ilahi-Robbi”
Ertinya disini,cinta itu bukan lagi perasaan berkasihan selapis hanya antara dua insan yg asyik menyayangi.Seandainya ia benar sekalipun,kewujudan itu hanyalah sementara,Pohon cinta itu perlu

dipanjat dalam mendapatkan sesuatu yang lebih kudus.Perasan itu tidak selayaknya dicemari,kerana ia sepatutnya dijadikan wadah dalam menambahkan kecintaan kepada Allah.Cinta itu seharusnya dipapah sehingga sampai dalam menuju kepada Kekasih Akhir Yang Maha Pengasih lagi Maha Mulia.
Persoalan cinta terlalu dekat dengan manusia,ia lagi sukar daripada bercakap tentang perkara lain,kerana persoalan ini dekat pada hati setiap manusia.Setiap insan pasti mempunyai perasaan ingin memiliki dan ingin di miliki,namun perasaan itulah yang perlu dikawal supaya ia berjalan mengikut piawaian yang betul.Kerana seandainya ia tidak dikendalikan dengan betul,ia mampu menjadi pemusnah yang menjauhkan lagi hati kita kepada cinta hakiki yakni Allah s.w.t. Seandainya perasaan itu dikawal dengan betul dan diletakkan pada tempat yang selayaknya,ia pula mampu menjadi sesuatu wadah yang meningkatkan lagi kecintaan kepadaNYA.
Terdapat sepotong hadis daripada Nabi Muhammad saw yang bermaksud “Ya Tuhanku,aku mohon supaya aku cinta kepadaMU dan cinta kepada orang yang mencintaiMU,termasuk orang yang sayang kepada semua amalan(aktiviti) yang boleh membawa kepada sayang kepadaMU” Hadis Riwayat Tirmidzi: 3341. Ada beberapa kesimpulan yang boleh diambil daripada hadis ini.Pertama ialah sesungguhnya perasaan cinta itu memang wujud.Kedua,seandainya tumbuh perasaan cinta kepada seseorang,hendaklah orang yang dicintai itu seorang yang mencintai Allah.Ketiga,cinta itu perlu dijadikan keutamaan dan disuburkan kearah mencintai Allah.Dan keempat,orang yang dicintai itu mestilah orang yang sayang dan cinta kepada semua amalan aktiviti yang dikasihi Allah dan cinta dan kasih kepada perjuangan menegakkan islam.
Cinta yang tidak sihat ialah cinta yang boleh membawa kebencian kepada Allah dan peraturan Allah.Cinta ini boleh membawa kecelakaan.Cinta tanpa adab,pasti mengundang azab.Firman Allah SWT berbunyi, Katakanlah “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah,ikutilah aku,nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu.Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Carilah cinta yang boleh membawa kamu kearah meningkatkan lagi kecintaan kepada Allah.Kerana perasaan kasih dan sayang yang sebenar ialah apabila seorang itu membawa diri kamu kearah kebaikan.Dan bukanya orang yang membawa kamu dan makin menghanyutkan kamu kearah keburukan.Dan akhirnya membawa sesuatu bencana kepada diri,seperti mengandungkan anak diluar nikah,yang akhirnya kamu,keluarga kamu,akan mendapat malu.Wahai pemuda/pemudi,kadang-kadang kita perlu merenungkan perjuangan ayah bonda kita,dalam membesarkan kita.Ibu mengandungkan kita selama 9 bulan,dan melahirkan kita dengan harapan kita membesar menjadi anak yang soleh.Itulah hadiah yang paling berharga,yakni anak soleh yang mampu menjadi penyejuk hati ayah bonda.Janganlah kita menjadi beban dan mencontengkan arang kemuka mereka yang kini meniti hari tua,sepatutnya di umur mereka yang sebegitu,kitalah yang harus menjadi penyejuk hati ayah bonda.

Cinta Pada Allah
Cinta kepada Allah itu lahir apabila hati kita bersih dengan renungan fikir dan zikir yang murni.Perasaan cinta itu seharusnya datang daripada alam tinggi dan tidak selayaknya dicemari.Hakikat dekat dengan Allah itu hanya boleh dirasakan seseorang yang selalu menajamkan mata hati dalam memberi tafsiran kepada makna kehidupan yang dia alami.Manusia yang sentiasa berjuang membersihkan hatinya,berwaspada dengan nafsunya ,menghidupkan hatinya dengan fikir dan zikir,mengerakkan kakinya ke majlis-majlis ilmu,dan akhirnya akan mampu memahami hakikat cinta ini.Dia akan menyaksikan dengan mata hatinya tentang dekatnya Allah,dan sentiasa berwaspada bahawa Allah sentiasa memerhatikanya,dan merasakan kehadiran Allah dimana sahaja dia berada.
Manusia akan mendekatkan diri kepada Allah dan menuruti perintahnya seandainya dia tahu,bahawa Allah maha mengetahui tentang dirinya,dekat dengan mereka dan berkuasa terhadap mereka.Amir bin Abdul Qais pernah menzahirkan kecintaan ini dengan berkata “setiap kali saya melihat sesuatu,tentu saya melihat Allah lebih dekat denganya daripada saya sendiri”..
Seorang penyair sufi pernah melantunkan syairnya:
Aku capai hakikatMu dalam rahsia hati,
Lalu lisanku berbisik memanggilMU,
Kita kumpul kerana pelbagai makna,
Kitapun berpisah kerana pelbagai makna,
Jika keghaibanMU dari kerdipan mataku,
Hanyalah kerana keagunganMU,
Namun Wajd(cintaku) telah menjadikanMU,
Begitu sangat dekat dengan diriku..Oh Allahku..

Ketahuilah kita,Allah dekat dengan hati hambanya,sesuai dengan kadar dekatnya hati hamba denganNYA.Maka lihatlah apa yang dekat dengan hati kita.Hati kita adalah taman cinta Allah,jadi perhiasilah taman cinta itu dengan kecintaan dan kerinduan kepadaNYA.Supaya kita memperolehi kedekatan yang hakiki denganya. Marilah kita bertanya kepada diri kita sendiri,adakah kita dekat dengan Allah?,adakah kita mengerti tentang cinta sejati Allah? Adakah kita mencintai Allah? Adakah Allah mencintai kita? Adakah kita dekat denganya dan dia dekat dengan kita? Sungguhkah kita mencintai Allah? Adakah hanya ungkapan manis dibibir,yang berupa teori dan madah semata-mata,dan jauh sekali secara praktikalnya?.

Kesimpulan
Panjatlah pohon cinta itu dalam mendapatkan sesuatu yang lebih qudus.Berdoalah pada Allah supaya kita memperolehi cinta kepada Allah.Bermujahadahlah dalam mencari cinta Allah,dan mendapatkan hakikat cinta sejati dan berasa dekat dengan Allah. “Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang Aku,maka jawablah bahawa sesungguhnya Aku adalah dekat” .Al-baqarah: 186.
Kedua,mencintailah orang yang mencintai Allah.Dan orang yang sayang kepada semua amalan yang disukai Allah yang boleh membawa rasa sayang dan cinta kita kepada Allah.Soleh dan solehah itu bukan mencari,tetapi menjadi.Ya ALLAH,kurniakanlah Aku cintaMu,dan cintakanlah aku kepada insan yang melabuhkan cintanya kepadaMU.amin..
Mudah-mudahan artikel serba ringkas ini dikurniakan ikhlas,dijauhkannya riya’, ujub dan sum’ah.Seterusnya menjadi ilmu yang memberi manfaat dan diambil manfaat yang berterusan ,yang menjadi teman ketika berseorangan di kubur, dan keberkatan untuk kedua ibu bapa, keluarga dan guru-guruku yang dikasihi.
Amin.

oleh: che adzha (15 Februari 2011)
© musafirhidup.blogspot.com
Hak cipta terpelihara. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat musafirhidup.blogspot.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.Wassalam.






Rujukan: Kisah cinta dlm Al-Quran,Misbah Em Majidy



Wednesday, February 2, 2011

ENJIN PADA TUBUH


ENJIN PADA TUBUH
Oleh:Che Adzha

“Sungguh ada seseorang yang keluar dari rumahnya dengan memikul dosa sebesar gunung Tihamah, lalu dia menghadiri majlis ilmu dan mendengarkan nasehat dan wasiat si ‘Alim, lalu dengan itu dia takut kepada Allah dan bertaubat dari dosa-dosanya. Tatkala dia kembali ke rumahnya, dosa-dosanya telah diampuni. Maka Janganlah kalian meninggalkan majlis ulama. Sesungguhnya Allah tidak menciptakan sejengkal tanah dibumi yang lebih mulia dari tanah yang dipakai majlis ilmu”. (Ihya’ Ulumiddin)
.
Hati manusia adalah penggerak didalam setiap sesuatu perlakuan.Seandainya hati yang juga enjin bagi

tubuh itu baik,maka baiklah segala perlakuanya.Begitu juga sebaliknya,seandainya hati itu rosak,maka segala perlakuanya juga rosak.Ini boleh dianalogikan dengan enjin sebuah kereta.Sebuah kereta yang mempunyai enjin yang baik,akan menghasilkan pemanduan yang baik dan selesa,tetapi seandainya enjin sesebuah kereta itu bermasalah,maka sudah pasti pemanduan juga akan terjejas.
Sebagaimana dengan enjin kereta yang perlu sentiasa di servis supaya dapat menghasilkan kesan yg terbaik,begitu juga dengan hati manusia,perlu sentiasa di servis,supaya dapat memastikan kita terus istiqamah didalam setiap amalan yang kita lakukan,sekaligus dapat menghindarkan kita dari perasaan FUTUR.
Ini kerana,hati manusia sentiasa berbolak balik,pagi kita ingat,petang kita lupa,begitulah silih berganti.Kadang-kadang kita rasa benar-benar bersemangat untuk melakukan amal ibadat kepada Allah,namun sering kali juga kita berasa lesu (futur) dalam berdakwah dan beribadah.Ini semua berlaku kerana hati kita yang jarang kita servis menyebabkan prestasi enjinya(semangat beribadah) semakin menurun.
Untuk mengatasi masalah ini ialah dengan kita perbanyakkan pergaulan dengan insan-insan yang mempunyai akhlak yang baik,kerana melaluinya kita pasti berasa aman.Akhaknya mengingatkan kita kepada akhirat,kata-katanya mampu memberi perangsang dalam kita merubah diri kearah yang lebih baik.Elakkan kita daripada hidup bersendirian,kerana serigala mudah menerkam kambing yang berjalan bersendirian,begitu juga dengan syaitan,mudah mempengaruhi kita seandainya kita bersendirian.Dan seandainya kita berukhwah dengan sahabat-sahabat yang baik,mereka inilah yang akan menjadi peniup semangat jihad kita,dan menasihati kita dikala kita alpa. Inilah yang dikatakan berukhwah kerana Allah.Kerana “teman yang baik ialah teman yang sentiasa cuba membawa sahabatnya kearah kebaikan”. Dan carilah teman yang baik itu,dan seandainya kita mendapatinya,jagalah persahabatan itu sebaiknya.Hiasi taman persahabatan itu dengan bunga-bunga nasihat,diwarnai dengan tafahum dan diindahi dengan saling takaful.

Pusat Servis Hati:
Apa yang kita boleh fahami daripada petikan ayat dari kitab Ihya’ Ulumiddin diatas ialah,pusat servis hati ialah majlis-majlis ilmu,kerana majlis-majlis ilmu sudah pasti mampu meningkatkan kefahaman kita kepada islam.Dan sudah pasti meningkatkan keyakinan kita kepada Allah,menyedarkan kita terhadap segala kesalahan yang pernah kita lakukan,dan menjauhkan kita dari sifat buruk sangka diatas setiap ketentuan Allah.
”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(Riwayat al-Bazzar)

Bila hati sentiasa di servis,maka dari itulah akan hadirnya istiqamah dalam setiap amalan,dan akan menjauhkan kita dari perasaan lesu dalam beribadah.Untuk mendapatkan enjin yang baik perlukan minyak pelincir yang berkualiti,minyak yang berkualiti,dan semuanya harus berkualiti.Dan begitu juga dengan hati,kita perlu juga menjaga beberapa perkara penting yang boleh memberi kesan kepada hati,antaranya ialah mata kita dari melihat apa yang Allah murka(movie-movie dan filem-filem banyak memaparkan perkara yang tidak elok dari yang elok),lisan kita,telinga kita dari mendengar apa yang tidak baik(lagu-lagu barat,yang banyak tidak elok dari yang elok),dan juga makanan kita dari terus memakan makanan yang tidak baik.Ini yang perlu dijaga sebaik mungkin.
Mudah-mudahan artikel serba ringkas ini dikurniakan ikhlas,dijauhkannya riya’, ujub dan sum’ah.Seterusnya menjadi ilmu yang memberi manfaat dan diambil manfaat yang berterusan ,yang menjadi teman ketika berseorangan di kubur, dan keberkatan untuk kedua ibu bapa, keluarga dan guru-guruku yang dikasihi.
Amin.

oleh:che adzha
musafirhidup.blogspot.com