Thursday, March 24, 2011

DI SEBALIK UNGKAPAN TAKBIR

DI SEBALIK UNGKAPAN TAKBIR

Ketika lisanmu mengucapkan Allahu Akbar,hatimu mengakui dengan jujur kebesaran Allah. Jiwamu teguh menyatakan bahawa kebesaran Allah jauh lebih besar dari apa yg mampu difikirkan.Allah Maha Besar daripada segala kebesaran yang ada di alam dan isinya.Keyakinan dan pengakuan tulus tersebut harus ditanam jauh ke lubuk hati dan dipasak teguh dijiwa dan difikiran bahawa Allah SWT Maha Besar mengatasi segala-galanya.
Allahu Akbar,segala sesuatu selain Allah adalah rendah.Allahu Akbar segala sesuatu selain Allah adalah kecil.Allahu Akbar segala sesuatu selain Allah adalah hina.Ketika kamu mengucapkan Allahuakbar

hidupkan rasa kebesaran Allah dihatimu,serta pimpinlah hatimu utk tunduk kepada keagungaNYA.Lekatkan keyakinan di dadamu bahawa hanya Allah,Tuhan Yang Maha Agung,Maha Kuasa dan Maha Mulia.
Tatkala Allahu Akbar terungkap,kita harus mengakui dengan jujur dan tulus,bahawa diri kita hanyalah seorang hamba yang lemah,hina dan rendah dihadapan Allah.Hanya pada Allah tempat mengadu,dan tempat memohon pertolongan.Allahu Akbar,renunglah dengan mata hati,bahawa diri kita tidak punya erti dihadapan kebesaran dan keagungan Allah,tiada satu pun dapat kita banggakan dihadapan Allah.Rumah yang besar? Harta? Pangkat kita?. Tiada apa erti disisi Allah,melainkan amal dan taqwa.
Allahu Akbar,selalulah ingat bahawa di kehidupan ini,tidak ada suatu pun yg lebih besar,lebih tinggi dan berkuasa daripada Allah.Jika kehadiran kebesaran Allah ini dapat kita rasai di saat lisan mengungkapkan Allahu Akbar,maka akan runtuhlah segala perasaan bangga diri,takbur yg bersarang di dada.Hati akan bersih dari rasa sombong dan keangkuhan.Jiwa akan sedar,bahawa setiap hamba adalah lemah,hina ,rendah di hadapan Allah.Nafsu akan terdidik untuk tunduk di hadapan Allah.
Allahu Akbar,sembahlah Allah dengan mengagungkan kebesaraNYA,sembahlah Allah dengan membesarkan kemuliaNYA,sembahlah Allah dengan memuliakan kuasaNYA.
Allahu Akbar,masih ada perasaan angkuh didadamu? Masih ada riak-riak kesombongan dalam qalbu mu? Masihkah nafsu menguasai akal fikiran?
Allahu Akbar,ingatlah selalu kebesaran Allah,ingatlah selalu kemulianNYA,ingatlah selalu kekuasaanNYA dalam solatmu dan apa jua urusan hidupmu.Agar hatimu tetap hidup.Insyaallah.
“apakah itu ihsan? “Rasulullah SAW menjawab, ”Ihsan itu apabila kamu menyembah Allah seakan-akan kamu melihatNya” –Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim.
Mudah-mudahan perkongsian serba ringkas ini dikurniakan ikhlas,dijauhkannya riya’, ujub dan sum’ah.Seterusnya menjadi ilmu yang memberi manfaat dan diambil manfaat yang berterusan ,yang menjadi teman ketika berseorangan di kubur, dan keberkatan untuk kedua ibu bapa, keluarga dan guru-guruku yang dikasihi.
Amin.


Che Adzha (24 Mac 2011)
© musafirhidup.blogspot.com





Rujukan: Menyukat Solat Diri,Misbah Em Majidy,Pandang sisi TGNA

1 comment: