Wednesday, March 2, 2011

RAHIM WANITA

Rahim Wanita
Oleh: Che Adzha


Pada tubuh seorang wanita,ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim.Perkataan ini diambil daripada nama tuhan yang bermaksud “Maha Penyayang”. Sudah pasti Allah s.w.t tidak memberikan nama itu pada sesuatu yang hina disisiNYA.Sudah tentu Allah akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia.Didalam rahim inilah wanita mengandungkan,menjaga

dan melahirkan ciptaanNYA.Anugerah rahim kepada kaum wanita ini adalah bukti mereka di muliakan oleh Allah s.w.t.

Haid dan Nifas:
Mungkin ramai orang berpendapat bahawa wanita kurang dari segi waktu untuk melaksanakan tuntutan agama berbanding lelaki. Ini disebabkan ada waktunya wanita akan didatangi haid dan nifas yang akan menyebabkan mereka kurang waktu bersolat.Ini tidak bermakna mereka juga kurang dari segi iman dan takwanya.Namun,oleh disebabkan waktu lain mereka sentiasa bersolat,jadi pada sepanjang waktu haid dan nifas itu juga,Allah tetap juga memberikan pahala seperti mendirikan solat seandainya mereka bersabar dengan keadaan yang tidak selesa itu.

Melahirkan anak:
Bagi seorang wanita yang baru sahaja melahirkan anak,dosa-dosa mereka akan digugurkan seperti bayi yang baru dilahirkan.Dan diberikan pula pahala solat percuma ketika mereka didalam keadaan nifas.Dan seandainya mereka bersabar ketika menyusu,sudah tentu banyak lagi pahala yang diberikan kepada wanita. Lihatlah,betapa Maha Pemurahnya Allah s.w.t kepada hambanya.

Sambutlah Cinta Tuhan:
Banyak bukti Maha Penyayang Allah kepada hambanya.Ibarat kata pepatah,merajuklah pada yang kasih,mengadulah pada yang sayang.Jadi,yang sudah pasti menyayangi hambanya ialah Allah s.w.t,walaupun kita sering melupakanya.Namun pintu taubatnya sentiasa terbuka kepada hambanya. Mencintainya sudah pasti tidak akan di kecewakan. Ketahuilah kita,Allah dekat dengan hati hambanya,sesuai dengan kadar dekatnya hati hamba denganNYA.Maka lihatlah apa yang dekat dengan hati kita.Hati kita adalah taman cinta Allah,jadi perhiasilah taman cinta itu dengan kecintaan dan kerinduan kepadaNYA.Supaya kita memperolehi kedekatan yang hakiki denganya.

Mudah-mudahan perkongsian serba ringkas ini dikurniakan ikhlas,dijauhkannya riya’, ujub dan sum’ah.Seterusnya menjadi ilmu yang memberi manfaat dan diambil manfaat yang berterusan ,yang menjadi teman ketika berseorangan di kubur, dan keberkatan untuk kedua ibu bapa, keluarga dan guru-guruku yang dikasihi.
Amin.


Che Adzha (27 Februari 2011)
© musafirhidup.blogspot.com
Hak cipta terpelihara. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat musafirhidup.blogspot.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.Wassalam.


1 comment:

  1. rahim...suatu yang unik yang mampu mengisi kandungan beruapa jasad bayi sama ada 1 mahupun lebih...ALLAHU AKBAR...kekuasan ALLAH dalam penciptaanNYA...

    ReplyDelete