Wednesday, February 2, 2011

AIR MATA PERTEMUAN DAN PERPISAHAN


AIR MATA PERTEMUAN DAN PERPISAHAN

Oleh: Che Adzha (musafirhidup.blogspot.com)

Bila waktu telah berakhir, tiada lagi yg mampu menghalangi, masanya dan saatnya pasti datang.. Setiap saat dan detik yg berlalu, bagiku begitu berharga, didalam menghitung hari- hari terakhir, yang kian hampir dan menghimpit. Wajah-wajah riang,dan bunga-bunga bahagia,kini kian hilang riangnya dan hilang bahagianya.. Ya Tuhan,jika ini takdirMu, aku redha.. kerana ku tahu,dunia ini hanya tempat sementara, dan yg kekal hanyalah Alam akhirat...

Keputusan ujian kesihatan yg dibuat doktor pada 5 bulan lepas, menggetarkan jiwaku. “Saiful Azam, awak mengidap penyakit leukemia, dan sekarang ia ditahap kronik”.. Masih terngiang-ngiang di layar memori ku, tentang ungkapan itu.. Ungkapan yg menjadi titik pemula, pd perubahan seluruh kehidupan ku.. Dan lebih menghimpit keaadaan,doktor memberitahu ibuku, yg aku hanya mampu hidup selama 6 bulan sahaja lagi.

Hari demi hari berlalu, terlalu pantas buatku masa berjalan, dari tempoh itu, sekarang hanya tinggal sebulan.. Sebulan untukku menamatkan sisa hidupku.. Ya Allah,aku seolah-olah tidak percaya.. Di dalam usiaku menjangkau umur 23 tahun,aku terpaksa pergi meninggalkan semuanya, meninggalkan ibu dan ayah yang belum sempat ku berbakti kepadanya,meninggalkan keluargaku yg sudah 5 bulan berada didalam kesediahan , dan meninggalkan tunangku yg tempoh

pertunangan dah menjangkau satu tahun.. Namun, apa yang menyukarkan, tunangku belum mengetahui,tentang penyakit yg aku alami. “ A’isyah,maafkan sy kerana terpaksa merahsiakan semua ini” .detik hati ini sayu. Aku sengaja meminta keluargaku merahsiakanya daripada pengetahuan A’isyah,kerana khuwatir,masalah yg ku alami.sedikit sebanyak akan menjejaskan pelajaranya. A’isyah masih lg sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa,didalam bidang diploma bahasa arab.Cukuplah aku yg merasakan beban ini,cukuplah aku yg menanggung pedihnya saat-saat ini A’isyah.. Kilauan mutiara cincin pertunangan dijari manis,adalah juga mutiara air mata ku.. Mutiara yg sentiasa menitis, tatkala ku bersujud kala dinihari.. Mutiara yg sentiasa menitis,tatkala menerima mesej pesanan ringkas, drpd keluarga tunangku.Aku dan A’isyah jarang berhubung seandainya tiada hal penting. Kami lebih banyak gunakan orang tengah, supaya hubungan yang terjalin ini di redhai pencipta cinta.Kerana kami sedar pertunangan bukanlah lesen,utk kami buat apa sahaja..

Aku sering menghabiskan hari-hari terakhir ini,utk mengadap kalam suci.Dan cuba mengkhatamnya seberapa banyak yg boleh.. Agar aku pergi dengan tenang mengadap rabbul Izzati.. Jauh disudut hati ada perasaan redha, kerana aku dapat tahu bila aku akan pergi, sedangkan ramainya org yg pergi,tanpa dia ketahui bila dia akan pergi.. Ya Allah,ku bersyukur padamu,ku yakin ini lah kasihMu.

Disaat aku khusyuk membaca kalimah-kalimah suci sang pencipta Cinta, aku dikejutkan dengan bunyi deringan nada zikir telefon, dan sebagaimana ku duga pesanan itu adalah daripada pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul. A’isyah, dia ialah A’isyah.. “assaamualaikum akhi,maaf kerana menganggu ruang waktu akhi, ana cuma ingin meluahkan rasa kehairanan, apabila ana rasa kita makin jauh dan makin menjauh. Keluarga ana pn dah mula hairan. Kenapa akhi?? Ana ada wat salah kah??”

Mutiara air mataku berguguran lagi bila membaca pesanan ringkas luahan hati dari insan yg benar-benar mengasihi ku.. “A’isyah,maafkan sy a’isyah”. Detik hati kecilku. Walaupun hati berat utk membalas pesanan ringkas tersebut,Aku kuatkan juga,kerana tidak mahu hati kecil insan tidak bersalah itu tersiksa.. “waalaikumsalam A’isyah, maafkan ana kerana lama menyepi.. ana cuma tidak mahu menggangu pembelajaran anti.. A’isyah, bolehkah ana mohon kita tangguhkan dulu perkahwinan kita? Ana mahu anti tamatkan pelajaran dulu”

Aku cuba memberi pelbagai alasan ,bukan untuk berbohong,cuma aku tak mahu dia mengetahui hal yang sebenarnya. Seberapa ketika aku menerima lagi pesanan ringkas darinya “ kalaulah itu permintaan dari akhi,ana menurut sahaja.Ana yakin,akhi pasti memikirkan yang terbaik untuk kita. Salam ketaatan dari insan yg menanti mu dari perantauan.wassalam”..

Kadang-kadang,aku kagum sangat dengan A’isyah, dia sungguh kuat menerima apa jua keputusan ku.. “A’isyah,moga kau dapat mencapai impianmu menjadi seorang ustazah, sebagaimana yang kau idam-idamkan,aku tidak mampu bertahan lama didunia ini,melayari pahit manis kehidupan bersamamu A’isyah” detik hati kecilku.

Dan aku pasti,mengenangkan saat-saat indah.Saat cinta terbit,semasa ibuku menyarungkan cincin pertunangan,pada jari manismu.waktu engkau dan aku mula di khitbahkan.Dan aku masih ingat,saat pertama perkenalan,semasa aku mengur mu,kerana melihat air matamu menitis, di suatu sudut sebuah kedai buku,kerana buku yang kau cari telah kehabisan stok,dan terpaksa menunggu sebulan,padahal kamu memerlukan buku itu secepat mungkin.Aku tak sangka, perkenalan itu membawa kita kepada tahap ini.. Tahap dua hati di khitbahkan. Namun kali ini, aku akan membuatkan air matamu menitis lagi A’isyah.Aku tak sangka,sebuah pertemuan yang bermula dengan air mata,akan berakhir dengan air mata.(bisik hati kecil ku)..

Kali pertama aku memadangmu,

Aku yakin ada sesuatu yang indah Disebalik ketenangan wajah yang kau biaskan,

Disebalik air mata yang menitis kerana kesyahduan,

Kali pertama aku mendekatimu,

Aku kagum dengan sikapmu yang tak memandang tepat pada mataku,

Aku kagum bila kau tak mengindahkan suara menjawab setiap soalku,

Aku kagum melihat hijab yang kau jagakan itu.

Kerana agama aku mendekatimu,

Kerana keyakinan kita mengikat janji,

Kau berjuang di pentas ilmu,

Aku berjuangberperang menghadapi mati.

Satu masa aku akan pergi,

Pergi jauh kesebuah daerah yang sepi,

daerah aku akan ditinggalkan sendiri,

Hanya amal yang singgah menemani..

Maafkan aku kerna semua ini,

Takdir tuhan tiada siapa yang mampu halangi,

Kini yang tinggal hanyalah puisi,

Buat insan-insan yang menghargai..

Kerna…

Cinta yang terbina tidak akan dan tidak pernah terkubur,

(sajak saiful azam,buat insan bernama A’isyah)

Aku dapat merasakan saat dan waktunya kian hampir,untukku meninggalkan segala apa yg ku sayangi, lebam-lebam pada tubuh ku semakin banyak, menandakan aku sudah tak mampu bertahan lama lagi.Ya Tuhan,kuatkan hati ku ya Allah,kuatkan lah jua hati-hati insan yang aku sayang,dalam menempuhi mehnah ujian mu ini. Aku pasti mengenangkan saat-saat indah bersama keluarga, saat-saat kami berkumpul menyambut lebaran,bersuka ria dengan sepupu-sepupu kecilku,bermain pantai bersama-sama.Aku tidak menyangka,itu lebaran terakhir buatku. Ayah.. aku akan sentiasa mengenangkan,saat terindah,taatkala waktu kecilku,kau sering membawa ku memberi makan burung-burung,aku pasti tak kan melupakan saat itu.PASTI!!!.. Aku masih ingat ayah,saat kau membalut luka ditanganku,waktu aku masih kecil,akibat terjatuh dari basikal,disebabkan kenakalanku..

Ibu,aku pasti mengenangkan, masakan mu,senyuman mu,dan kekuatan mu,mengayuh basikal usang,tatkala menghantarku pergi dan pulang ke sekolah,pada waktu kecilku. Aku masih ingat ibu,ketika aku kecil dulu,kau tak pernah memarahi ku,dan sentiasa menegurku dengan penuh hikmah.Aku masih ingat,air mata mu menitis ibu,ketika menjaga ku waktu aku sakit,kerana demam panas pada waktu kecil. Kini ibu,aku membuat mutiara suci mu menitis lagi ibu..Ibu maafkan aku ibu..maafkan aku..

Aku sudah cukup lemah,aku sudah tak mmpu lagi berharap,untuk meneruskan hidup ini lagi,kerna keadaanku terlalu kritikal.Aku cuma mampu tersenyum,taatkala menerima kedatangan tetamu yang menziarahi.Terima kasih semua,terima kasih atas segala simpati.Moga Allah merahmati anda semua.

Buat mu A’isyah,bukan niatku utk merahsiakan semua ini,satu hari,kau akan tahu,kenapa aku menjauhkan diri darimu,mengapa aku meminta menangguhkan perkahwinan kita.. Bukan kerna aku tak sudi,tapi kerana aku dah tak mampu.Aku tahu,pasti sungguh perit buatmu,tatkala menerima berita pemergiaanku.Tapi aku yakin,kau insan kuat, 30 juzuk kalamullah yang kau hafal itu,sudah cukup membuatkan hati mu kuat menempuhi semua ini.aku yakin a’isyah..aku yakin..

Semoga Allah menemukan mu dengan insan yang lebih baik dariku,dan insan itu,akan membuatkan kau bahagia,hingga akhir hayatmu.Kerana aku tak mampu betahan lama.kenanglah kata-kata ku,bahawa Cinta yang terbina tidak akan dan tidak pernah terkubur..

Aku rasa,aku dah tak mampu menulis diari-diari terakhirku,kerana aku dapat merasakan ini hari terakhirku didunia ini. Disini aku sertakan juga cincin pertunangan kita,yang dulunya menjadi pengikat bahagia, namun ikatan itu kini lerai, kerana maut kian hampir untukku. Pertemuan yang dimulakan dengan air mata,berakhir dengan air mata perpisahan..

Diari Terakhir,

Saiful Azam..

……………………………………………………………………………………

“A’isyah……sudahlah tu nak,mak tak sanggup lagi melihat kau menderita begini,sudahla tu nak, tuhan lebih menyayangi saiful.. setiap yang hidup pasti menemui mati” teguran ibu dari belakang mengejutkan aku yang tengah sedih menatap diari terakhir saiful azam.Aku mengesat mutiara-mutiara yang beguguran dipipi,cincin pertunangan adalah kenangan-kenangan tersisa antaraku dengan saiful azam.Aku memeluk erat ibuku.. “mak..kenapa semua ini berlaku pada saiful mak,kenapa a’isyah tak tahu tentang semua ini mak..kenapa dia merahsiakan semua ini dari pengetahuan syah mak..kenapa mak..kenapa tidak kami menanggung kesusahan ini bersama-sama mak…kenapa mak....” tangisan ku meluahkan tentang apa yang hati aku rontakan.. Pemergiaan saiful azam pada 3 hari yang lepas,masih benar-benar mengejutkan aku..Buat masa terdekat ini, aku tak mampu lagi mengahadiri kuliah kerana masih terkejut dengan apa yang berlaku. Tiap-tiap pagi aku menziarahi pusara arwah,yang masih merah, “semoga Allah menempatkan mu dikalangan orang bertakwa saiful azam”, bisik hati kecil ku,sambil mutiara air mata membasahi pipi..

Hari-hari ku dihabiskan untuk membantu keluarga saiful azam mengadakan majlis tahlil buat arwah.Setiap kali selesai solat,aku membaca kalammullah untuk disedekahkan kepada arwah.Semoga arwah aman disana..Ya Allah,aku redha dengan ketentuanMu, hidup ini mestilah diteruskan..

Saiful Azam,aku tak kan pernah melupakan mu,aku tak kan melupakan kenangan-kenangan indah masa bersama.Sebentuk cincin ini,adalah sebuah bukti,sebuah saksi,yang dulu aku pernah mengenali seorang insan yang benar-benar menyayangi ku dan mencintaiku,bernama SAIFUL AZAM…

Tatkala ku tersenyum melalui kehidupan mahasiswa,,

Kau menanggung derita menghadapi hari terakhir hidup di dunia,

Disaat aku menanti hari dan detik bahagia,

Kau sedih menungu hari sebuah perpisahan dengan semua..

Sebuah pertemuan yang bemula dengan air mata,

Kini berakhir dengan perpisahan buat selamanya,

Tuhan lebih mengetahui segalanya.,

Disebalik mehnah dan ujian yang diterima..

Saiful Azam,

Kenangan ini tidak pernah pergi,

Kasih ini tidak pernah berlalu,

Jiwa ini tidak pernah melupai,

Aku bahagia dalam mengenalmu,

Walaupun hanya buat sedetik waktu,

Saiful Azam,

Semoga kau aman disana,

Tuhan lebih menyayangi dirimu,

Kau pergi disaat ku memerlukan mu.

Kau pergi disaat cinta dan kasih mula terbit,

Dan ku pasti ia tidak akan pernah terbenam,

Kerna…

Cinta yang terbina tidak akan dan tidak pernah terkubur,

( sajak a’isyah,buat allahyarham saiful azam)

TAMAT

………………………………………………………………………………………

Nukilan: che adzha (anugerahqudus)

Sebarang komen dan cadangan boleh la menghubungi:musafirhidup.blogspot.com

© musafirhidup.blogspot.com
Hak cipta terpelihara. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat anugerahqudus.blogspot.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.Wassalam.

No comments:

Post a Comment