Tuesday, February 15, 2011

PANJATLAH POHON CINTA ITU

PANJATLAH POHON CINTA ITU
Oleh:Che Adzha


"Imam Al-Ghazali melalui kitab beliau berjodol Minhajul A’bidin ada menyebutkan bahawa “tiap-tiap yang indah itu cinta tetapi yang indah mutlak hanyalah satu iaitu Yang Maha Esa.Bahagialah orang yang telah sempurna mahabbahnya akan Dia.Kesempurnaan mahabbahnya itu ialah kerana dia menginsafi ‘tasanub’ yakni persesuaian batin antara dirinya dengan DIA.Org yg paling bahagia di akhirat kelak ialah org yg paling kuat mahabbahnya kepada Allah s.w.t.Semakin kuat mahabbah antara Muhib(pencinta) dgn Mahbubnya(yg dicintai),maka semakin besarlah nikmatnya.Puncak kelazatan itu adalah pertemuan itu.Lazat datang setelah datangnya mahabbah.Mahabbah timbul daripada makrifat.Makrifat lahir setelah hati bersih daripada renungan fikir dan zikir yang murni,puncak percintaan itu nikmat yang mampu ‘disentuh’ dan ‘dikecapi’ setelah mampu melihat keindahan ilahi-Robbi”
Ertinya disini,cinta itu bukan lagi perasaan berkasihan selapis hanya antara dua insan yg asyik menyayangi.Seandainya ia benar sekalipun,kewujudan itu hanyalah sementara,Pohon cinta itu perlu

dipanjat dalam mendapatkan sesuatu yang lebih kudus.Perasan itu tidak selayaknya dicemari,kerana ia sepatutnya dijadikan wadah dalam menambahkan kecintaan kepada Allah.Cinta itu seharusnya dipapah sehingga sampai dalam menuju kepada Kekasih Akhir Yang Maha Pengasih lagi Maha Mulia.
Persoalan cinta terlalu dekat dengan manusia,ia lagi sukar daripada bercakap tentang perkara lain,kerana persoalan ini dekat pada hati setiap manusia.Setiap insan pasti mempunyai perasaan ingin memiliki dan ingin di miliki,namun perasaan itulah yang perlu dikawal supaya ia berjalan mengikut piawaian yang betul.Kerana seandainya ia tidak dikendalikan dengan betul,ia mampu menjadi pemusnah yang menjauhkan lagi hati kita kepada cinta hakiki yakni Allah s.w.t. Seandainya perasaan itu dikawal dengan betul dan diletakkan pada tempat yang selayaknya,ia pula mampu menjadi sesuatu wadah yang meningkatkan lagi kecintaan kepadaNYA.
Terdapat sepotong hadis daripada Nabi Muhammad saw yang bermaksud “Ya Tuhanku,aku mohon supaya aku cinta kepadaMU dan cinta kepada orang yang mencintaiMU,termasuk orang yang sayang kepada semua amalan(aktiviti) yang boleh membawa kepada sayang kepadaMU” Hadis Riwayat Tirmidzi: 3341. Ada beberapa kesimpulan yang boleh diambil daripada hadis ini.Pertama ialah sesungguhnya perasaan cinta itu memang wujud.Kedua,seandainya tumbuh perasaan cinta kepada seseorang,hendaklah orang yang dicintai itu seorang yang mencintai Allah.Ketiga,cinta itu perlu dijadikan keutamaan dan disuburkan kearah mencintai Allah.Dan keempat,orang yang dicintai itu mestilah orang yang sayang dan cinta kepada semua amalan aktiviti yang dikasihi Allah dan cinta dan kasih kepada perjuangan menegakkan islam.
Cinta yang tidak sihat ialah cinta yang boleh membawa kebencian kepada Allah dan peraturan Allah.Cinta ini boleh membawa kecelakaan.Cinta tanpa adab,pasti mengundang azab.Firman Allah SWT berbunyi, Katakanlah “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah,ikutilah aku,nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu.Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Carilah cinta yang boleh membawa kamu kearah meningkatkan lagi kecintaan kepada Allah.Kerana perasaan kasih dan sayang yang sebenar ialah apabila seorang itu membawa diri kamu kearah kebaikan.Dan bukanya orang yang membawa kamu dan makin menghanyutkan kamu kearah keburukan.Dan akhirnya membawa sesuatu bencana kepada diri,seperti mengandungkan anak diluar nikah,yang akhirnya kamu,keluarga kamu,akan mendapat malu.Wahai pemuda/pemudi,kadang-kadang kita perlu merenungkan perjuangan ayah bonda kita,dalam membesarkan kita.Ibu mengandungkan kita selama 9 bulan,dan melahirkan kita dengan harapan kita membesar menjadi anak yang soleh.Itulah hadiah yang paling berharga,yakni anak soleh yang mampu menjadi penyejuk hati ayah bonda.Janganlah kita menjadi beban dan mencontengkan arang kemuka mereka yang kini meniti hari tua,sepatutnya di umur mereka yang sebegitu,kitalah yang harus menjadi penyejuk hati ayah bonda.

Cinta Pada Allah
Cinta kepada Allah itu lahir apabila hati kita bersih dengan renungan fikir dan zikir yang murni.Perasaan cinta itu seharusnya datang daripada alam tinggi dan tidak selayaknya dicemari.Hakikat dekat dengan Allah itu hanya boleh dirasakan seseorang yang selalu menajamkan mata hati dalam memberi tafsiran kepada makna kehidupan yang dia alami.Manusia yang sentiasa berjuang membersihkan hatinya,berwaspada dengan nafsunya ,menghidupkan hatinya dengan fikir dan zikir,mengerakkan kakinya ke majlis-majlis ilmu,dan akhirnya akan mampu memahami hakikat cinta ini.Dia akan menyaksikan dengan mata hatinya tentang dekatnya Allah,dan sentiasa berwaspada bahawa Allah sentiasa memerhatikanya,dan merasakan kehadiran Allah dimana sahaja dia berada.
Manusia akan mendekatkan diri kepada Allah dan menuruti perintahnya seandainya dia tahu,bahawa Allah maha mengetahui tentang dirinya,dekat dengan mereka dan berkuasa terhadap mereka.Amir bin Abdul Qais pernah menzahirkan kecintaan ini dengan berkata “setiap kali saya melihat sesuatu,tentu saya melihat Allah lebih dekat denganya daripada saya sendiri”..
Seorang penyair sufi pernah melantunkan syairnya:
Aku capai hakikatMu dalam rahsia hati,
Lalu lisanku berbisik memanggilMU,
Kita kumpul kerana pelbagai makna,
Kitapun berpisah kerana pelbagai makna,
Jika keghaibanMU dari kerdipan mataku,
Hanyalah kerana keagunganMU,
Namun Wajd(cintaku) telah menjadikanMU,
Begitu sangat dekat dengan diriku..Oh Allahku..

Ketahuilah kita,Allah dekat dengan hati hambanya,sesuai dengan kadar dekatnya hati hamba denganNYA.Maka lihatlah apa yang dekat dengan hati kita.Hati kita adalah taman cinta Allah,jadi perhiasilah taman cinta itu dengan kecintaan dan kerinduan kepadaNYA.Supaya kita memperolehi kedekatan yang hakiki denganya. Marilah kita bertanya kepada diri kita sendiri,adakah kita dekat dengan Allah?,adakah kita mengerti tentang cinta sejati Allah? Adakah kita mencintai Allah? Adakah Allah mencintai kita? Adakah kita dekat denganya dan dia dekat dengan kita? Sungguhkah kita mencintai Allah? Adakah hanya ungkapan manis dibibir,yang berupa teori dan madah semata-mata,dan jauh sekali secara praktikalnya?.

Kesimpulan
Panjatlah pohon cinta itu dalam mendapatkan sesuatu yang lebih qudus.Berdoalah pada Allah supaya kita memperolehi cinta kepada Allah.Bermujahadahlah dalam mencari cinta Allah,dan mendapatkan hakikat cinta sejati dan berasa dekat dengan Allah. “Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang Aku,maka jawablah bahawa sesungguhnya Aku adalah dekat” .Al-baqarah: 186.
Kedua,mencintailah orang yang mencintai Allah.Dan orang yang sayang kepada semua amalan yang disukai Allah yang boleh membawa rasa sayang dan cinta kita kepada Allah.Soleh dan solehah itu bukan mencari,tetapi menjadi.Ya ALLAH,kurniakanlah Aku cintaMu,dan cintakanlah aku kepada insan yang melabuhkan cintanya kepadaMU.amin..
Mudah-mudahan artikel serba ringkas ini dikurniakan ikhlas,dijauhkannya riya’, ujub dan sum’ah.Seterusnya menjadi ilmu yang memberi manfaat dan diambil manfaat yang berterusan ,yang menjadi teman ketika berseorangan di kubur, dan keberkatan untuk kedua ibu bapa, keluarga dan guru-guruku yang dikasihi.
Amin.

oleh: che adzha (15 Februari 2011)
© musafirhidup.blogspot.com
Hak cipta terpelihara. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat musafirhidup.blogspot.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.Wassalam.






Rujukan: Kisah cinta dlm Al-Quran,Misbah Em Majidy



1 comment:

  1. mencintailah orang yang mencintai Allah.Dan orang yang sayang kepada semua amalan yang disukai Allah yang boleh membawa rasa sayang dan cinta kita kepada Allah.Soleh dan solehah itu bukan mencari,tetapi menjadi.Ya ALLAH,kurniakanlah Aku cintaMu,dan cintakanlah aku kepada insan yang melabuhkan cintanya kepadaMU.amin..

    ~pena tusukan cina insan kini makin menjadi...lalu jangan disalahkan hati..m0ga dikukuhkan iman dalam diri~

    ~ana masih mempelajari...tersenyum dalam palitan duniawi...mencari cebisan kebenaran dalam kelalaian...mencari kekuatan dalam kelemahan...~

    ~buat jiwa yang mencintai dan dicintai..landaskan pada yang hakiki, ALLAHURABBI...lalu, cari landasan yang dirahmati dan bukan dimurkai...mungkin kita alpa, lalu jaga tingkah laku..ana juga insan kerdil dan hina..selalu khilaf dalam berbicara..khilaf dalam tingkah di dunia...~

    ReplyDelete