Wednesday, February 2, 2011

ENJIN PADA TUBUH


ENJIN PADA TUBUH
Oleh:Che Adzha

“Sungguh ada seseorang yang keluar dari rumahnya dengan memikul dosa sebesar gunung Tihamah, lalu dia menghadiri majlis ilmu dan mendengarkan nasehat dan wasiat si ‘Alim, lalu dengan itu dia takut kepada Allah dan bertaubat dari dosa-dosanya. Tatkala dia kembali ke rumahnya, dosa-dosanya telah diampuni. Maka Janganlah kalian meninggalkan majlis ulama. Sesungguhnya Allah tidak menciptakan sejengkal tanah dibumi yang lebih mulia dari tanah yang dipakai majlis ilmu”. (Ihya’ Ulumiddin)
.
Hati manusia adalah penggerak didalam setiap sesuatu perlakuan.Seandainya hati yang juga enjin bagi

tubuh itu baik,maka baiklah segala perlakuanya.Begitu juga sebaliknya,seandainya hati itu rosak,maka segala perlakuanya juga rosak.Ini boleh dianalogikan dengan enjin sebuah kereta.Sebuah kereta yang mempunyai enjin yang baik,akan menghasilkan pemanduan yang baik dan selesa,tetapi seandainya enjin sesebuah kereta itu bermasalah,maka sudah pasti pemanduan juga akan terjejas.
Sebagaimana dengan enjin kereta yang perlu sentiasa di servis supaya dapat menghasilkan kesan yg terbaik,begitu juga dengan hati manusia,perlu sentiasa di servis,supaya dapat memastikan kita terus istiqamah didalam setiap amalan yang kita lakukan,sekaligus dapat menghindarkan kita dari perasaan FUTUR.
Ini kerana,hati manusia sentiasa berbolak balik,pagi kita ingat,petang kita lupa,begitulah silih berganti.Kadang-kadang kita rasa benar-benar bersemangat untuk melakukan amal ibadat kepada Allah,namun sering kali juga kita berasa lesu (futur) dalam berdakwah dan beribadah.Ini semua berlaku kerana hati kita yang jarang kita servis menyebabkan prestasi enjinya(semangat beribadah) semakin menurun.
Untuk mengatasi masalah ini ialah dengan kita perbanyakkan pergaulan dengan insan-insan yang mempunyai akhlak yang baik,kerana melaluinya kita pasti berasa aman.Akhaknya mengingatkan kita kepada akhirat,kata-katanya mampu memberi perangsang dalam kita merubah diri kearah yang lebih baik.Elakkan kita daripada hidup bersendirian,kerana serigala mudah menerkam kambing yang berjalan bersendirian,begitu juga dengan syaitan,mudah mempengaruhi kita seandainya kita bersendirian.Dan seandainya kita berukhwah dengan sahabat-sahabat yang baik,mereka inilah yang akan menjadi peniup semangat jihad kita,dan menasihati kita dikala kita alpa. Inilah yang dikatakan berukhwah kerana Allah.Kerana “teman yang baik ialah teman yang sentiasa cuba membawa sahabatnya kearah kebaikan”. Dan carilah teman yang baik itu,dan seandainya kita mendapatinya,jagalah persahabatan itu sebaiknya.Hiasi taman persahabatan itu dengan bunga-bunga nasihat,diwarnai dengan tafahum dan diindahi dengan saling takaful.

Pusat Servis Hati:
Apa yang kita boleh fahami daripada petikan ayat dari kitab Ihya’ Ulumiddin diatas ialah,pusat servis hati ialah majlis-majlis ilmu,kerana majlis-majlis ilmu sudah pasti mampu meningkatkan kefahaman kita kepada islam.Dan sudah pasti meningkatkan keyakinan kita kepada Allah,menyedarkan kita terhadap segala kesalahan yang pernah kita lakukan,dan menjauhkan kita dari sifat buruk sangka diatas setiap ketentuan Allah.
”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(Riwayat al-Bazzar)

Bila hati sentiasa di servis,maka dari itulah akan hadirnya istiqamah dalam setiap amalan,dan akan menjauhkan kita dari perasaan lesu dalam beribadah.Untuk mendapatkan enjin yang baik perlukan minyak pelincir yang berkualiti,minyak yang berkualiti,dan semuanya harus berkualiti.Dan begitu juga dengan hati,kita perlu juga menjaga beberapa perkara penting yang boleh memberi kesan kepada hati,antaranya ialah mata kita dari melihat apa yang Allah murka(movie-movie dan filem-filem banyak memaparkan perkara yang tidak elok dari yang elok),lisan kita,telinga kita dari mendengar apa yang tidak baik(lagu-lagu barat,yang banyak tidak elok dari yang elok),dan juga makanan kita dari terus memakan makanan yang tidak baik.Ini yang perlu dijaga sebaik mungkin.
Mudah-mudahan artikel serba ringkas ini dikurniakan ikhlas,dijauhkannya riya’, ujub dan sum’ah.Seterusnya menjadi ilmu yang memberi manfaat dan diambil manfaat yang berterusan ,yang menjadi teman ketika berseorangan di kubur, dan keberkatan untuk kedua ibu bapa, keluarga dan guru-guruku yang dikasihi.
Amin.

oleh:che adzha
musafirhidup.blogspot.com

No comments:

Post a Comment